Wednesday, July 6, 2011

SCORE A i-TEACHER

BERKENAAN SCORE A i-TEACHER
           ♦   Satu produk penyelidikan penelidik-penyelidik di Pusat
             Pengajian Pendidikan Jarak Jauh , Universiti Sains
         Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Hanafi Atan
                dengan ( Prof Madya Dr Zuraidah Abd Rahman dan
         Prof Madya Omar Majid ).Pembangunan produk bermula
         pada tahun 2006.
        ♦   Penyelidikan dan Pembangunan dibiayai oleh beberapa
         geran penyelidikan oleh : 
                  -   The Ministry of Science , Technology and
                Innovation ( MOSTI )
             -  The Ministry of Higher Education ( MOHE )
             -  The Universiti Sains Malaysia ( USM )

    ≠  SCORE A i-TEACHER PANEL

    ≠  ANUGERAH
             ♦   Pemenang  Pingat Perak sempena Pameran Teknologi
               Antarabangsa ( ITEX 2008 )


    ≠  CIRI-CIRI UNIK SCORE A i-TEACHER
            ♦    Isi kandungan yang komprehensif.
            ♦   Dibangunkan mengikut Prinsip Rekabentuk Pengajaran
           termasuk gambar dan grafik.
       ♦   Alih bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa
           Malaysia terminologi - terminologi tertentu.
       ♦   Pautan ke sumber luaran (laman web lain dan animasi)
           daripada isi kandungan.
            ♦    Bilangan contoh soalan dan penyelesaian yang banyak.
       ♦  Avatar Pintar ialah agen pedagogi ( tutor,jurulatih
          atau guru ) yang terdiri daripada avatar maya
          menyerupai manusia.Ia memberikan maklumbalas
          berinteraktif terhadap soalan yang dikemukakan
          kepadanya melaui dan teks.Ia mempunyai darjah
          keserupaan manusia yang tinggi dan memberikan
          maklumbalas pintar terhadap semua soalan ( soalan
          social dan yang berkaitan dengan isi kandungan ) yang
          dikemukakan kepada avatar.
            ♦  Animasi ( dibangunkan sendiri ).
       ♦  Tutorial ' powerpoint ' atas permintaan.
       ♦  Penilaian berinteraktif.
       ♦  Alat pembelajaran lain ( rajah berinteraktif , pembuka
          minda , e-book , mainan pendidikan dan lain-lain ).

    SEKOLAH RENDAH ( TAHUN 1 - TAHUN 6 )
             ♦  Bahasa Melayu
       ♦  Bahasa Inggeris
       ♦  Matematik
       ♦  Sains

   SEKOLAH MENENGAH ( TING. 1 - TING. 3 )
          ♦   Bahasa Melayu
      ♦  Bahasa Inggeris
      ♦  Matematik
      ♦  Sejarah
      ♦  Geografi
      ♦  Pendidikan Islam
      ♦  Sains
      ♦  Kemahiran Hidup

    ≠  SEKOLAH MENENGAH ( TING. 4 - TING. 5 )
            ♦   Bahasa Melayu
       ♦   Matematik Tambahan
       ♦   Matematik
       ♦   Kimia
       ♦   Fizik
       ♦   Biologi
       ♦   Sains
       ♦   Sejarah
       ♦   Prinsip Akaun
       ♦   Pendidikan Islam

    ≠  KERTAS SUBJEKTIF
           ♦   Boleh diperiksa dengan menghantar melalui email :-
      ♦   Pilih Score A Mail - Username - hantar ke
          Enquiries@Kenshido.com.
      ♦   Guru akan periksa pada setiap hari Isnin , Rabu dan
          Jumaat.

    ≠  MAJLIS PRA PELANCARAN DAN PERJANJIAN
     PERSETUJUAN 
 

Thursday, May 19, 2011

Sistem ZRB yg memudahkan perkembangan kumpulan


Jika anda mampu menampakkan kepentingan 4 majlis ILMU ini kami yakin tugas anda lebih mudah untuk melahirkan lebih ramai "Leader" dalam kumpulan anda.
ayuh rakan niaga sekelian gunakan kesemua kemudahan yg telah disediakan oleh rangkaian kita
ZRBMC. HEBAT

Tuesday, October 26, 2010

Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
wallahua'alam. ....